Nur Hamidah Nadjib, 24, 'bayi' yang diselamatkan ketika tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) jam 8.40 pagi tadi.
Beliau tiba ke Malaysia dari Surabaya, Indonesia, untuk menemui pasukan penyelamat yang menyelamatkannya dalam kejadian 23 tahun lalu. Nur Hamidah bertolak dari Surabaya bersama tiga ahli keluarga lain jam 5.10 pagi tadi.
Turut menemani Hamidah ialah ibunya, Umi Rasyidah Khoiruman, 43; adik perempuan, Iftitahun Nabilah, 22, dan suaminya, Zahroni Ahda Ghoni Pratama, 26.
Ketibaan mereka yang berasal dari Jawa Timur itu disambut bapa Hamidah, Nadjib Mustahar, 53.
Nur Hamidah dijadualkan menghadiri sesi temuramah khas bersama TV9 di Sri Pentas, Bandar Utama dan menemui pasukan penyelamat dalam tragedi itu hari ini.