(Video) Pertemuan 'Bayi' Highland Tower Diringi Tangisan & Air Mata

Berikut adalah sedutan penuh pertemuan antara bayi Highland Towers, Nur Hamidah Mohd Nadjib dan ibunya, Umi Rosyidah Khoiruman bersama penyelamat mereka, Tan Sri Zaman Khan.#OPPOF1 #OPPOMalaysia

Posted by Buletin TV3 on Sunday, 27 March 2016
"Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Zaman Khan dan pegawai serta anggota bomba yang menyelamatkan kami,"

Itulah luahan penuh beremosi Nur Hamidah Nadjib, 24, dan ibunya, Umi Rasyidah Khoiruman, 43, sebaik dipertemukan dengan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan di Sri Pentas, di sini, pagi tadi.

Dua beranak itu diselamatkan selepas 3 jam terperangkap dalam runtuhan tragedi Highland Towers, 23 tahun lalu. Nur Hamidah ketika itu masih bayi.

"Hanya ucapan terima kasih dan doa supaya semua mereka diberkati Allah SWT mampu diucapkan atas kebaikan mereka," katanya.


Suasana sebak dan pilu menyelubungi studio di Sri Pentas yang mana buat pertama kali selepas 23 tahun dua beranak itu dipertemukan dengan pihak yang menyelamatkan mereka.

Umi memberitahu, terdapat usaha dilakukan keluarganya untuk bertemu dengan wira yang menyelamatkan dia dan anaknya itu namun gagal sehinggalah dipertemukan hari ini.

Pertemuan itu disiarkan secara langsung di TV9 12 tengah hari tadi.

Selepas ini, Hamidah dan Umi dijadual akan dipertemukan dengan anggota dan pegawai bomba termasuk Penguasa Kanan Bomba II Norizan Saad yang terbabit dalam operasi menyelamat 23 tahun lalu itu.


Sementara itu, Zaman berkata, dia bersyukur dan gembira dengan pertemuan berkenaan.

"Saya dah usaha untuk bertemu dengan mereka sejak dulu lagi..kini baru diizinkan Allah.

"Saya harap pertemuan ini akan jadi titik permulaan kepada hubungan yang sudah terjalin secara tidak langsung dalam tragedi 23 tahun lalu itu," katanya.
Previous Post Next Post

Contact Form