'Sempat Tarik Abang Je...'

Murid tahun dua lemas ketika mencari udang kecil bersama abangnya di kolam ikan di Kampung Sempam Baru, Raub.

Mohd Izzarul Azreeq S Ramli, 8, ditemui di dasar kolam oleh anggota bomba dalam kejadian kira-kira 2 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mangsa ke kolam itu bersama abangnya, Mohd Izzarul Haqeemi, 11, untuk mencari udang kecil hendak buat umpan.

“Ketika dua beradik itu turun ke kolam dan ketika leka mencari udang, kaki mereka tersangkut dalam selut sebelum kedua-duanya tenggelam timbul.

"Orang ramai yang baru selesai menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran cuba membantu mangsa dengan terjun ke kolam namun hanya sempat menarik Mohd Hazeerul Haqimi," katanya.

Wan Mohd Zahari, berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub (HR) untuk bedah siasat dijalankan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sempam selepas Maghrib.
Previous Post Next Post

Contact Form