Selepas dua tahun menahan sabar diganggu pengkid menerusi telefon bimbitnya, pelakon Lydiawati kelmarin menzahirkan kemarahannya.
Lydiawati, nama glamor Salina Saimon, mengamuk dan menyerang pengkid, bahasa slanga untuk tomboy, berkenaan pada awal pagi di sebuah hotel di ibu negara.
Pelakon era 1990-an itu memuat naik video semalam bagaimana dia membelasah wanita itu yang sudah melampaui batas kerap mengganggunya dengan mesej seks.
“Sebenarnya saya bukan merasa megah dan bangga dengan kejadian yang berlaku ini. Bukan saya meminta simpati atau minta kamu semua menyokong saya dalam perkara ini, tidak sesekali.
“Saya terpaksa lakukan perkara ini demi keselamatan diri saya, anak-anak saya dan juga keluarga saya. Saya mengalami tekanan emosi dan trauma dan juga merasakan tidak selamat berada di rumah.
“Tujuan saya lakukan ini untuk memberi pengajaran kepada si poyo ini supaya manusia yang bertopengkan binatang ini tidak mengganggu dan tidak mengulangi apa yang dah dia buat dan lakukan kepada saya lagi,” katanya di akaun Facebook awal pagi semalam.
Pelakon filem “Suami, Isteri dan ...” sebelum ini mengadu tertekan apabila asyik menerima panggilan dan teks lucah daripada seorang peminat wanita yang bersifat lelaki.
Katanya, wanita berusia sekitar 40-an itu turut mendakwa kerabat diraja Brunei dan mempunyai gelaran Tuanku “S”.
Mengulas tindakannya itu, Lydiawati berkata bukan kehendaknya untuk menyerang pengkid itu tetapi sudah tidak boleh menahan sabar.
“Sudah selama dua tahun saya berdiam diri dan bersabar dengan tidak membalas segala mesej dia atau menjawab panggilan dia.
“Tetapi kebelakangan ini dia cuba mencabar kesabaran saya selama ini dan mengganggu keluarga saya. Itu yang saya tidak boleh terima.
“Terpulang kepada kamu semua ingin bercakap atau menuduh saya. Saya terima kritikan kamu semua dengan hati yang terbuka,” katanya di media sosial itu.
Ekoran kekerasannya itu, Lydiawati semalam dipanggil ke ibu pejabat polis Daerah Ampang untuk memberi keterangan.
Lydiawati, 50, dilaporkan hadir pada jam 6 petang dan dibenarkan pulang selepas keterangannya diambil polis.

Assalamualaikum teman2 dan sahabat2 ku .. seblom saya meneruskan kata2 saya ini saya ingin memohon ampun dan maaf dgn...
Posted by Lyd Saimon on Thursday, 24 March 2016