Handal Tebar Roti Canai Sedap, Gadis Comel Ini Jadi Popular!

Gadis cantik berusia 17 tahun ini jadi perhatian di media sosial bukan kerana tutorial mekap, tapi kehebatannya menebar roti canai.

Bukan calang-calang orang gadis bernama Fatin Farhana Mohd Suad ini. Dia memberitahu, pernah putus asa kerana roti canai yang ditebar tidak lembut, namun dia nekas untuk terus belajar demi membantu ibunya.

Katanya lagi, selepas 3 hari mencuba barulah roti ditebar lembut, sama seperti yang ditebar ibunya, Rosmawati Che Omar.

“Ibu mengajar saya menebar roti canai dan dia (ibu) pesan pergerakan tangan dan tapak tangan mesti lembut untuk memastikan roti sedap. Kalau kasar, tak menjadi.

“Percubaan pada hari pertama dan kedua gagal kerana roti canai ditebar tidak lembut. Saya fikir nak bantu ibu, saya cuba lagi dan Alhamdulillah hari ketiga berjaya,” katanya kepada Harian Metro.

Kedai dha buka🙈🙈maii-2 singgah hehe🌹❤️Muahhsikit💕

A video posted by Fatin Kecik (@fatin744) on



Fatin berkata, dia membantu ibunya di gerai ‘Kak Ita Corner’ di Jalan Bruseh, Bidor, Perak pada setiap hujung minggu bermula 5 petang hingga 12 tengah malam.

Anak keempat daripada lima beradik itu berkata, dia bersyukur kerana sejak gambar dan videonya viral di media sosial, semakin ramai pelanggan yang mengunjungi gerai ibunya.

Previous Post Next Post

Contact Form