Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan sistem caj kesesakan di pusat bandar selepas MRT Line 1 memulakan operasi, lapor The Edge.
Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Perancangan Bandar DBKL, Nik Mastura Diyana Nik Mohamad, berkata, DBKL sedang mengkaji butiran perlaksanaan tetapi penentuan harga bagi setiap jenis kenderaan masih belum dimuktamadkan.
"Kami akan laksanakan (caj kesesakan) dan ini akan menjadi inisiatif terakhir bagi mengurangkan kesesakan di pusat bandar.
"Kami masih lagi mengkaji butirannya. Kami juga telah bertemu dengan orang ramai, bukan hanya mendapatkan pandangan mengenai harga tetapi lebih kepada bagaimana nak mengubah pengangkutan awam di Kuala Lumpur," katanya kepada The Edge.
Fasa pertama MRT Line 1 di antara Sungai Buloh dan Stesen Semantan di Damansara Heights dijadualkan mula beroperasi pada Disember ini. Manakala fasa kedua, antara Stesen Semantan dan Kajang pula dijadualkan beroperasi pada Julai 2017.
Menurut Nik Mastura Daya, harga jalan telah dimasukkan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.
"Kita tidak dapat melaksanakan sistem ini sekarang kerana belum ada alternatif untuk orang ramai," jelasnya.
Katanya, pihak berkuasa telah merancang untuk melaksanakan satu dasar bagi menghalang kesesakan dalam bandar sejak tahun 1980 yang bertujuan untuk mengurangkan orang ramai menggunakan kenderaan sendiri di pusat bandar.
"Seperti yang dilaksanakan di Singapura. Jika anda pergi ke pusat bandar pada waktu tertentu yang menyebabkan kesesakan, anda perlu membayarnya," katanya.