Lelaki Bakar Rumah Selepas Bergaduh Dengan Isteri

Gara-gara marahkan isteri, seorang lelaki bertindak membakar rumah yang disewa bersama tiga anaknya di Taman Kuan Woh Yuen, Jalan Bendahara di Ipoh, petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 5.36 petang itu menyebabkan lima rumah jirannya turut hangus.

Pemilik rumah yang mahu dikenali sebagai Miss Lim, 36, berkata dia tidak menyangka tindakan penyewa rumahnya itu menyebabkan keluarga lain tinggal sehelai sepinggang.

"Saya terkejut apabila isteri dia telefon beritahu suaminya mahu bakar rumah dan menyuruh saya datang segera.

"Saya minta dia telefon polis dan bergegas datang sini. Sebaik tiba, rumah saya sudah terbakar," katanya.

Difahamkan, keluarga berkenaan berada di Balai Polis Pasir Puteh untuk membuat laporan manakala, lelaki berkenaan menghilangkan diri.

Sehingga kini, pasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dan Ipoh yang diketuai Zabidi Sehibi masih menjalankan operasi pemadaman.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan kejadian itu.

Previous Post Next Post

Contact Form