idakwa tertekan dengan kos sara hidup sebagai rakyat Malaysia dan menganggap Malaysia dipimpin oleh kerajaan yang zalim, Mohd Shukri Saad, 39, dikatakan terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Sebelum itu, lelaki tersebut menulis satu status panjang berhubung masalah yang dihadapinya.
Menerusi status tersebut, lelaki itu meminta maaf kepada isteri dan anak-anaknya berulang kali dan mengatakan bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain.
“Asalamualaikum, teman dan sahabt dan terutama buat isteri anak-anak dan keluarga tersayang.
Ku pohon berjuta kemaafan kerana perkara yang kulakukan ini tak pernah terlintas untuk ku lakukan.
Diharap janganlah orang ramai kecam dan hina isteri, anak-anak dan keluargaku.
Ku amat tertekan dengan kerajaan yang zalim. Kerana kes rokok yang nilai rampasannya hanya RM160, aku akan dipenjarakan. Ini kesalahan pertama aku pada tahun 2012. Baru sekarang naik mahkamah.
Tarikh naik mahkamah kelmarin, tetapi ditunda pada hari ini. Bulan Ogos yang lepas aku dah kena keas yang sama iaitu jual rokok murah yang nilainya RM200.
Aku hampir direman seminggu dan mujurlah ada surat kematian anakku yang ketiga. Ku dikenakan jaminan RM3,000. Kena bulan Februari naik mahkamah, bulan Ogos dan dihukum RM4,000 atau empat bulan penjara.
Aku langsaikan RM4,000 dan duit pun jenuh hutang kawan. Ya, aku mengaku salah, perkara itu salah. Tetapi hukumannya tak setimpal. Yang Pengarah tibai berjuta boleh lepas pulak dengan duit jaminan.
Celaka punya pemimpin kerajaan sekarang. Berniaga kedai runcit kampung saja bukan untung besar pun. Margin cukup nipis dibebani dengan GST lagi. Memang kerajaan sekarang zalim.
Hari ini aku mengambil keputusan untuk tidak pergi Mahkamah kerana aku dah tak punya duit. Banyak bebanan aku nak tanggung. Dan aku tak sanggup dipenjarakan.
Dengan ini aku memilih untuk berkorban sebagai rakyat yang dizalimi. Aku akan tamatkan riwayat aku kerana banyak kali aku bermimpi lemas di lautan.
Aku tahu Allah maha mengetahui dan mungkin aku di kalangan hamba-Nya yang terpilih. Biarlah aku berkorban demi rakyat Malaysia walau aku nanti akan dikecam dan dihina.
Dan aku pohon simpati orang ramai nanti ambillah berat tentang anak-anakku.
Aku tak sanggup berpisah namun ku tiada pilihan. Kenangilah mereka sebagai anak pengorbanan.
Untuk isteriku Nur Azianti maafkanlah Abang kerana banyak buat Azian susah hati kerana kes rokok ini. Nanti pilihlah pengganti yang sayang Azian dan anak-anak sepenuh hati.
Untuk anak saudara ku Hadi Radzi jagalah Tok elok-elok. Untuk kakak aku Nor Aini dan abang ipar ku Zamri Mat Ishak teruskanlah jaga kedai dan kalau tak mampu juallah pada yang berminat.
Pada yang ada hutang kat aku, aku halalkan. Dan yang aku hutang Mohd Hazril Jamaludin dan Mohd Naim boleh jumpa Kakak aku nanti dia tolong langsaikan sedikit-sedikit.
Chek tak ada pilihan. Maafkan saya,” katanya.
Beliau turut menegaskan agar presiden PAS tidak terpedaya dengan pimpinan UMNO yang bakal membuatkan parti pembangkang berpecah.
Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat, agar nasib macam aku terbela. Nanti dah jadi kerajaan, media dah dikawal senang nak yakinkan rakyat tentang usul yang nak dibawa itu,” katanya yang terakhir.