Seorang pesakit barah usus tahap empat meninggal dunia hari ini, 10 hari selepas hasrat menemui anak sulungnya terlaksana.
Mohd Raitul Afthal Zainal Abidin, 27, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 12.17 tengah malam tadi.
Adik Allahyarham, Mohd Hafiy Hamizan Zainal Abidin, berkata, abangnya yang mesra dipanggil Boy meninggal dunia selepas dua hari menunjukkan perkembangan positif dan dimasukkan ke wad untuk pemerhatian rapi.
"Boy menjalani pembedahan barah usus Khamis lalu dan mula tersenyum serta nampak sihat melawan penyakitnya.
"Bagaimanapun, setakat di sini saja hayatnya. Jenazah akan dikebumikan di Kampung Kamunting, Taiping, Perak selepas solat Zuhur hari ini," katanya.
Sebelum ini, hajat terakhir Boy berjumpa anak dengan bekas isterinya, Muhammad Raykal Hakimi, 6, yang juga pesakit barah hati, yang sudah empat tahun tidak ditemui.
Pertemuan dua beranak itu berlangsung dalam suasana memilukan pada 16 Oktober lalu.