Kajian: Aktif Di Media Sosial Buatkan Anda Kurus?

Biar betul?? Memang ramai yang akan cakap tipu je ni! Tapi, fakta ini memang benar kerana media sosial terbukti boleh dimanfaatkan untuk menguruskan badan!

Dipetik dari Indiatime.com, kajian oleh Imperial College London mendedahkan, sebahagian besar pengguna mengalami penurunan berat badan sekiranya aktif menggunakan aplikasi sosial.

Tapi, syaratnya adalah dengan memuat turun aplikasi-aplikasi kesihatan yang boleh memberi panduan dan cara betul untuk mendapatkan berat badan ideal.


Sekarang terdapat banyak banyak pilihan di telefon bimbit seperti aplikasi berlari, berbasikal dan laman-laman web yang menyediakan maklumat tentang makanan sihat boleh anda layari setiap hari.

Jadi, tidak mustahil untuk anda mendapatkan bentuk badan langsing jika menjadikan aplikasi sosial ini sebagai sahabat baik anda.

Paling penting, anda perlu bijak manfaatkan media sosial untuk kesihatan dan bukannya untuk hiburan semata-mata.
Previous Post Next Post

Contact Form