Pendaki Hilang 47 Hari Di Himalaya Ditemui Masih Hidup

Kathmandu, Nepal - Seorang pendaki Taiwan berusia 21 tahun berjaya diselamatkan di banjaran Himalaya 47 hari selepas hilang bersama teman wanitanya sementara mayat teman wanitanya berusia 19 tahun Liu Chen Chun turut ditemui terbaring bersebelahan.

Pasukan pencari dan penyelamat menjumpai Liang Sheng Yueh di dalam gaung sekitar 2,600m (8,500 kaki) berhampiran perkampungan Tipling di daerah Dhading, Nepal.

Lian kini dirawat di hospital Antarabangsa Grandee Kathmandu dan dilaporkan telah keluar dari zon bahaya.

Dr Sanjaya Karki, yang merawat Liang, memberitahu BBC Nepal, mangsa boleh bercakap secara perlahan-lahan dan memberitahu teman wanitanya meninggal dunia tiga hari lalu.

"Dia tidak mengalami trauma kecederaan, tetapi badannya mempunyai kecederaan yang berpunca dari gigitan ulat,” katnya.

Berat badan Liang turun sebanyak 30kg sejak hilang tujuh minggu lalu dan rambutnya dipenuhi kutu serta kaki dihurung ulat ketika ditemui.

Doktor berkata, dia terselamat kerana bergantung kepada air dan garam.

Liang dan Liu, pelajar tahun pertama di Taiwan's National Dong Hwa University tiba di Nepal pada Februari dari India.

Mereka dilihat kali terakhir di utara Dhading pada 9 Mac dan tetap meneruskan pendakian walaupun salji lebat.

Laman web Missingtrekker.com melaporkan, pasangan itu mengalami beberapa kesukaran sebelum memulakan perjalanan termasuk kehilangan bagasi dan bertengkar berkaitan perkara remeh.

Liu turut memuatnaik status di Facebook "Saya harap saya tidak akan berakhir di sini" tulisnya.

Keluarga meminta bantuan rasmi untuk mencari pasangan itu lima hari selepas mereka gagal menghubungi seperti yang dijanjikan pada 10 Mac.

Polis Nepal mengarahkan tiga pemandu arah dan helikopter untuk mencari pelajar berkenaan yang dipercayai dalam perjalanan bertemu rakan-rakan mereka di kampung Langtang.

Menurut Taipei Times, panduan perjalanan Himalaya dan media tempatan juga telah dimaklumkan kehilangan itu namun sajli berterusan dan runtuhan menyukarkan carian.

Sementara itu, Madhav Basnet, salah seorang yang terlibat misi mencari memberitahu BBC, dua pendaki berkenaan tergelincir ketika membuat pendakian ke arah kampung Ghatlang dari Dhading.

"Ia kelihatan seperti mereka terjatuh dan terperangkap dalam gua yang terbentuk dan gagal untuk naik semula," katanya
Previous Post Next Post

Contact Form