Pelajar Perempuan Dapat RM2,800 Selepas Menang Pertandingan Rumah Paling Kotor

Seorang pelajar universiti berjaya memenangi pertandingan rumah paling kotor di United Kingdom.

Menurut Brittani Cooper, 19, dia dipaksa menyertai pertandingan itu oleh bapanya selepas bapanya memasuki rumahnya yang terletak di Longlevens, Gloucestershire.

Kata Brittani, bapanya terkejut melihatkan keadaan rumahnya yang bersepah dan dipenuhi timbunan kotak pizza, tong sampah yang melimpah ruah serta bahagian dapur yang cukup kotor.

Bapanya yang terperasan dengan kewujudan pertandingan seumpama itu wujud kemudian menghantar pautan kepadanya sebagai bahan lawak sahaja.

"Dia berikan saya pautan ke artikel sebagai bahan lawak sahaja kerana dia tahu saya dan rakan serumah memang bukan jenis yang pengemas.

"Saya memasukinya (pertandingan itu) dengan memuatnaik gambar kotor kami yang kotor dan saya sangat gembira kerana mengambil bahagian"

Tapi kenapa pelajar itu gembira? Ia adalah kerana dia berjaya memenangi hadiah utama £500 (RM2,800) pertandingan yang dijalankan oleh web-blinds.com itu.

Dan ini foto-foto yang berjaya memenangi hati juri:

Previous Post Next Post

Contact Form