(Video) Tendangan Padu Abang Bomba Selamatkan Wanita Ini Dari Bunuh Diri

Kes bunuh diri bukan la satu perkara yang baru di kalangan kita mahupun di luar negara. Di setiap negara pasti mempunyai kes bunuh diri akibat tekanan hidup dan kecelaruan tentang kehidupan yang mereka sedang jalani.

Namun, ia berlainan pula di Korea Selatan apabila pihak bomba berjaya menghalang seorang gadis daripada terjun untuk membunuh diri dengan tendangan padu di perut perempuan tersebut.

Adegan berani mati itu telah berjaya direkod dan menjadi tular di media sosial Korea Selatan selepas ia mula dimuat naik pada 21 April lalu.

Dalam rakaman tersebut, anda boleh saksikan seorang wanita muda yang tidak dinamakan sedang duduk di tepi pagar anjung di sebuah apartment bertingkat tinggi dan bersiap sedia untuk melompat.

Dengan keadaan yang agak cemas dan masa yang singkat, pihak bomba yang bertanggungjawab pada ketika itu telah membuat satu langkah yang berani apabila bomba tersebut duduk di tingkat atas bagi menghampiri wanita tersebut.

Dalam sekelip mata sahaja, anda boleh saksikan wanita itu terselamat dari cubaan bunuh diri apabila bomba tersebut lompat dan memberikan tendangan ke arah perut perempuan itu.

Wanita itu telah ditangkap oleh pengawal dan segera dibawakan ke tempat yang lebih selamat.

Selepas tindakan pihak bomba itu menjadi tular di laman sosial, ramai netizen di Korea Selatan telah memuji tindakan bomba itu dan memberi pendapat yang sama bahawa itu adalah langkah yang paling bagus untuk selamatkan seseorang dari cubaan bunuh diri.

Namun, keadaan wanita itu masih tidak diketahui sama ada parah atau cedera ringan kerana jika dilihat pada video itu, tendangan yang diberikan oleh pihak bomba itu agak kuat sehingga menbuatkan wanita itu tercampak kebelakang anjung. Mudah-mudahan wanita itu dalam keadaan yang baik dan tahniah kepada pihak bomba tersebut kerana berjaya menyelamatkan nyawa wanita itu.

Previous Post Next Post

Contact Form