'Yang Kutuk Itulah Yang Selalu Ajak Bergambar' - Uqasha Senrose

Kontroversi dan kritikan daripada netizen tidak pernah boleh lekang dengan pelakon Uqasha Senrose, kata orang pasti ada sahaja isu melibatkan beliau.

Menurut Uqasha, meskipun beliau dikecam teruk tetapi beliau tidak pernah diserang di tempat awam. Malah, beliau merasa hairan dengan sesetengah individu yang pernah mengecam beliau tetapi tetap mahu bergambar bersamanya.

Walaupun ramai kecam saya di Instagram tapi tidak pernah pula ada yang kutuk secara terbuka di luar. Lebih menghairankan ada beberapa individu pernah mendekati saya memberitahu pernah mengecam saya di Instagram dan ingin mengambil gambar bersama pula.


Seperti orang lain yang mempunyai hati dan perasaan, Uqasha akui kadang kala beliau agak terguris dengan sindiran dan komen negatif yang dilemparkan kepada dirinya. Walaubagaimanapun, beliau kini enggan lagi ambil pusing mengenai perkara itu.

Saya sudah tidak kisah tentang kritikan masyarakat dan tidak mampu hendak paksa mereka menyukai saya. Lepas isu buka tudung itu, lagi teruk saya dikecam pada awalnya namun sekarang orang sudah mula terima.

Berbicara mengenai tuduhan mengatakan beliau agak sukar untuk memberikan kerjasama dengan wartawan sekiranya timbul sesuatu kontroversi mengenai dirinya, Uqasha menjelaskan adalah lebih baik untuk beliau berdiam diri daripada mengeruhkan lagi keadaan.
Previous Post Next Post

Contact Form