Penyerang import Kelantan, Mohammad Ghaddar, akhirnya membuka mulut dengan menyatakan hasrat meninggalkan pasukan Kelantan pada jendela perpindahan kedua Jun ini.
Bagaimanapun, penyerang berusia 33 tahun itu masih merahsiakan pasukan baharu bakal disertai. Katanya, keputusan terbabit terpaksa dilakukan untuk masa depan karier dan keluarganya.
"Saya tidak berniat melukakan hati penyokong Kelantan, namun anda tahu saya mempunyai keluarga yang mengharapkan nafkah daripada saya.
"Saya pernah beritahu akan setia dengan Kelantan namun selepas berbincang dengan beberapa pihak, saya terpaksa membuat keputusan untuk berpindah.
"Ini keputusan saya sendiri dan tiada desakan mana-mana pihak atau kaitan dengan isu pasukan Kelantan.
"Saya harap penyokong memahami situasi seorang pemain bola," katanya hari ini.
Awal tahun ini, Ghaddar diumumkan secara rasmi selaku pemain import The Red Warriors (TRW) 2017 bersama dua lagi pilihan pemain import pasukan terbabit waktu itu, Cedric dan Okiki.
Namun April lalu, Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mengumumkan peraturan baharu yang membenarkan pemain import bertukar pasukan dalam musim yang sama.
Selang beberapa hari pengumuman dilakukan, banyak pasukan menunjukkan minat mengambil pemain import lain bagi memperkuatkan pasukan mereka.
Antaranya Johor Darul Ta'zim dikhabarkan sudah menghantar surat kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk mendapatkan khidmat Ghaddar menjelang jendela perpindahan yang berakhir pada 16 Jun ini.