Kuala Lumpur - Penyanyi dan juara program realiti Akademi Fantasia musim kelima, Norsyarmilla Jirin atau Mila selamat melahirkan cahaya mata sulung di salah sebuah hospital swasta di Puchong.
Mila selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang diberi nama Mohd Arif Zikri dengan berat 2.7 kilogram, pada jam 9.45 malam, kelmarin.
Mila dalam laman Instagram miliknya yang dimuat naik semalam, memberitahu anak dan dirinya sihat dan tidak menghadapi sebarang komplikasi sewaktu melahirkan.
“Terima kasih kepada saudara mara, sahabat handai dan para peminat yang mendoakan saya dan anak,” katanya.
Mila sebelum ini pernah mengalami keguguran sewaktu Ramadan lalu, dan kelahiran sulung ini menang dinanti-nantikan olehnya dan suami, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha.
Sejak disahkan mengandung Mila mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti seni dan lebih banyak menumpukan perhatian kepada perniagaan, produk kecantikan, katering dan dewan perkahwinan.