'RM50 Habis Demi Undi Artis? Boleh Dapat Beras Sekampit' - Johan

Baru baru ini Johan telah memenangi 3 kategori pada Anugerah MeleTop Era (AME) 2017 namun di sebalik kemenangan tersebut, Johan mempunyai pandanganya sendiri terhadap kesanggupan peminat dalam mengundi artis kesayangan mereka.

“Saya marah mereka undi saya kerana pengundi saya bukan di kalangan yang berada. Mereka orang biasa. Duit yang mereka ada baik disedekahkan kepada anak yatim atau bantu ibu bapa, itu lebih baik”

“Tetapi inilah apabila dikatakan peminat, kita kentut pun mereka kata wangi. Jadi saya terima kasih kepada peminat kerana mengundi saya,” katanya kepada Malay Mail Online selain turut mengakui memarahi peminatnya kerana berhabis duit untuk menyokongnya.

Bagi pelawak dan pelakon ini, dia berharap agar peminat membelanjakan wang mereka kepada jalan yang lebih berguna dan berfaedah.

“Saya selalu marah peminat saya beli surat khabar atau berkenaan dengan duit. Saya tidak sokong penyokong saya menyokong saya dengan duit. Kalau nak cakap duit, saya ada duit. Jangan buang duit anda. Kalau undi atas talian tidak mengapa, itu tidak guna duit”

“Saya tidak mahu bebankan orang. Duit itu boleh buat benda lain daripada dihabiskan kepada artis pujaan. RM50 dihabiskan untuk artis pujaan? Kita boleh dapat beras sekampit,” katanya.
Previous Post Next Post

Contact Form