Demi Suami, Nora Danish Sanggup Berhenti Berlakon

Pelakon Nora Danish bersedia meninggalkan dunia lakonan demi memenuhi kehendak suami Nedim Nadzri.

Pelakon filem Polis Evo berkata tuntutan Nedim itu tetap akan dipenuhi namun ia akan dibuat secara beransur-ansur.

“Kalau itu permintaan dia, saya akur dan cuba mematuhinya demi keluarga. Namun, saya tidak akan terus berhenti secara mendadak.

“Selepas berkahwin saya peru meletakkan suami dan keluarga sebagai keutamaan.

“Buat masa ini saya mungkin akan lebih memilih tawaran yang datang,” katanya seperti dilaporkan portal mStar.

My funny man. 😂

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on



Mengulas kehidupannya selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac lalu, pelakon filem Makrifat Cinta mengakui kehidupannya kini lebih bahagia dan sempurna.

“Saya bersyukur dipertemukan dengan lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab. Dia juga seorang yang pandai masak.

“Buat masa ini kami belum berkesempatan untuk berbulan madu,” katanya, yang akan bercuti sambil bekerja di Amerika Syarikat untuk sesi fotografi koleksi baju kurung sempena Syawal.
Previous Post Next Post

Contact Form