8 Kesilapan Wanita Biasa Buat Selepas Hubungan Seks

Dr Ejikeme, Pengarah Perubatan di Adonia Medical and Aesthetic Clinic, London berkongsi kesilapan mengenai kesihatan yang biasa wanita lakukan selepas berasmara.

1. Tidak buang air kecil

Ya, memang liat rasanya nak bangun dari katil selepas aktiviti memenatkan itu, tapi kamu MESTI buang air kecil. Wanita mempunya saluran kencing yang pendek, jadi selepas seks bakteria boleh pergi ke pundi kencing dan menyebabkan uterine infection (atau cystitis). Membuang air selepas berasmara ‘membersihkan’ uretra dan mengurangkan risiko kamu menangis semasa kencing untuk tiga hari berikutnya.

2. Melakukan douching dan meletak minyak ke dalam vagina

Dude, vagina are SELF-CLEANING, okay? Menggunakan minyak atau douching boleh mengubah persekitaran dan pH semula jadi vagina. Ini meningkatkan risiko jangkitan yis, pasti kamu tak mahukannya, kan?

3. Mengelap dari belakang ke depan

Peraturan penting yang pasti kamu dah tahu – lap dari depan ke belakang. Jika kamu lakukan sebaliknya, ia akan menarik bakteria dari dubur ke saluran kencing, meningkatkan risiko jangkitan termasuk cystitis.

4. Lupa makan pil perancang

Kita sibuk sepanjang hari, kan? Setiap orang yang mengambil pil perancang pasti pernah terlupa makan sekurang-kurangnya sekali. Jika kamu pernah atau masih alaminya, jangan lupa ambil emergency contraception, lebih-lebih lagi jika kamu belum bercadang untuk mulakan keluarga.

5. Abaikan pendarahan selepas hubungan intim

Pendarahan selepas seks perlu sentiasa diberi perhatian. Ia boleh menandakan pendarahan dari serviks atau penebalan lapisan endometrium. Jika kamu alaminya, cepat-cepat lakukan pap smear atau berjumpa pakar sakit puan.

6. Abaikan kesakitan selepas seks

Menyedihkan, ramai wanita menderitainya dalam diam. Jika kamu rasa sakit ketika atau selepas seks, ia perlu diperiksa. Jangan berdiam diri kerana masalah seperti fibroid hinggalah kekeringan vagina boleh diubati.

7. Abaikan keputihan melampau

Setiap wanita mengalami keputihan jadi tak ada apa yang perlu dimalukan. Dalam sebulan pasti kamu perasan keputihan berubah tekstur, dan ini normal. Tapi jika warnanya menjadi gelap dan berbau, ia mungkin jangkitan yis. Ia mungkin juga petanda penyakit kelamin. Jadi cepat dapatkan pemeriksaan.

8. Lambat ambil ‘perlindungan kecemasan’

Bila bercakap mengenai emergency contraception, konsepnya adalah ‘the sooner the better’. Jadi segera berjumpa pakar sakit puan atau ke farmasi selepas unprotected sex jika kamu tidak merancang untuk hamil.
Previous Post Next Post

Contact Form