4 Sebab Hubungan Seks Di Waktu Pagi Bagus Untuk Kesihatan

Siapa kata seks hanya sesuai dilakukan waktu malam sebelum tidur? Come on, break the rules! Berikut antara sebab kenapa seks waktu pagi (sebelum ke pejabat) bagus untuk anda dan pasangan. Tapi seeloknya hanya lakukan 3-5 kali sahaja seminggu ya!

1. Meredakan tekanan


Seks pada waktu pagi membuatkan minda anda lebih tenang sepanjang hari. Bahkan ia boleh berterusan selama seminggu. Ia juga mampu memperbaiki mood serta melancarkan peredaran darah. Jadi, tiada lagi Monday blues!

2. Sehebat Bersenam

Seks waktu pagi adalah alternatif terbaik menggantikan senaman. Pakar sains berkata, seks selama 30 minit membakar kalori hampir sama banyak seperti kamu berlari 30 minit. Selepas melakukannya selama 30 minit, wanita membakar 180 kalori dan lelaki sebanyak 240 kalori. Patutlah peluh membanjiri tubuh ketika asyik berasmara.

3. Pengganti Kopi

Buat mereka yang mahu mengurangkan pengambilan kafein pada waktu pagi, seks sebenarnya mampu membuatkan minda lebih segar berbanding kopi dan buah epal.

4. Membaiki Hubungan

Bila mood agak tidak stabil ada baiknya anda ajak pasangan untuk lakukan sesi intim pada waktu pagi. Ia bukan sahaja merapatkan hubungan kalian malah juga membuatkan pasangan rasa dihargai kerana ia bagaikan satu kejutan istimewa buatnya.
Previous Post Next Post

Contact Form