Mangsa Rogol Pusat Judi Buat Laporan Polis

Serdang - Pekerja wanita yang dirogol dua lelaki di sebuah pusat judi haram dalam kejadian 11 Mei lalu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kinrara di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, mangsa merupakan warganegara Indonesia berusia 33 tahun.

Jelasnya, turut membuat laporan adalah seorang lelaki warganegara Bangladesh iaitu mangsa samun yang merupakan rakan sekerja wanita terbabit.

"Dia dan rakannya menghilangkan diri ke selatan tanah air dan tidak membuat laporan polis kerana dokumen perjalanannya dirampas suspek selepas kejadian," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Serdang di sini Rabu.

Dalam kejadian tersebut, Megat berkata, dua suspek berkenaan memasuki premis ketika tiada pengunjung di dalamnya dan berpura-pura sebagai pelanggan.

"Mereka kemudiannya mengeluarkan pisau dan merompak pekerja Bangladesh itu.

"Kemudian mereka beralih arah kepada wanita Indonesia terbabit dan merogol mangsa," katanya.

Seorang daripada suspek yang berusia 26 tahun berjaya ditahan pada Ahad dan lelaki itu memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes rompakan di sekitar Lembah Klang.

Suspek kedua masih diburu oleh pihak polis.

ARTIKEL BERKAITAN:

1. (Video) Juruwang Pusat Judi Diperkosa & Dipaksa Seks Oral

2. Mangsa Dedah Rakan Turut Diperkosa Perompak

3. Polis Kesan Cap Jari & Air Mani Atas Lantai

4. Suspek Samun, Rogol Juruwang Berjaya Ditahan

5. Mangsa Rogol Pusat Judi Tampil Buat Laporan Polis
Previous Post Next Post

Contact Form