Putrajaya - Kekecohan kecil yang tercetus membabitkan insiden pelawak Sulaiman Yassin menampar penerbit filem David Teo di hadapan Datuk Seri Najib Razak, berakhir dengan baik apabila kedua-dua penggiat seni tanah air itu berdamai.
Sulaiman yang lebih dikenali sebagai Mat Over dan Teo bersalaman serta berpelukan sambil disaksikan Perdana Menteri dan moderator sesi 'Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni', Datuk Rosyam Nor, di Seri Perdana di sini, malam tadi.
Insiden bermula apabila Teo seolah-olah mempersoalkan cara Rosyam mengendalikan sesi berkenaan kerana didakwa tidak melihat ke belakang dalam memilih penggiat seni untuk menyuarakan pandangan.
Program disiarkan secara langsung menerusi segmen FB Live di laman sosial Facebook itu, memperlihatkan Rosyam menegur Teo yang dianggap tidak menghormati Perdana Menteri. Rosyam kemudian memberi laluan kepada Teo menyatakan pandangan dan pengarah filem itu mula berpantun.
Bagaimanapun, belum sempat Teo menghabiskan pantunnya, Mat Over tiba-tiba tampil lalu menampar Teo.
Kejadian spontan itu segera dileraikan oleh pasukan keselamatan dan kedua-duanya dibawa keluar dari tempat dialog berlangsung.
Ia turut menjadi viral di pelbagai platform media sosial. Rosyam dan Najib kemudian meneruskan sesi dialog bersama hadirin.
Kira-kira 400 orang merangkumi pelakon, penyanyi, pengacara televisyen dan selebriti menyertai sesi dialog berkenaan.