'Saya Tampar Kerana Dia Tidak Hormat PM' - Mat Over

"Saya tak rasa apa yang saya buat itu keterlaluan kerana tindakan berkenaan untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin yang menjadi tuan rumah pada acara ini.

"Saya juga tidak kesal dengan tindakan ini kerana sikap David tidak menghormati Perdana Menteri dan Rosyam selaku moderator.

Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia perlu ada adab dan hormat-menghormati," kata pelakon dan pelawak Sulaiman Yassin atau lebih terkenal dengan panggilan Mat Over.

Mat Over menampar penerbit filem dan drama Datuk David Teo sehingga sesi Dialog Transformasi Nasional TN50 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Penggiat Seni di Seri Perdana, di Putrajaya, malam ini, terhenti seketika.

Mat Over berkata, dia sudah berfikir dahulu sebelum menampar David kerana menganggap cara penerbit filem dan drama itu kurang ajar.

Dalam pada itu, David tidak sangka Mat Over boleh bertindak begitu kerana selama ini pun dia tidak mengenali pelakon itu.

"Tiba-tiba saja dia meluru serta menampar dan saya terkena dahi saya. Saya hanya mempersoalkan tindakan Rosyam tidak menggunakan pentas bulat itu dengan sepenuhnya dan hanya fokus satu arah di depan saja sedangkan saya juga mahu bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri.

"Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang dan sudah memaafkannya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

1. (Video) David Teo Ditampar Mat Over Ketika Live Bersama PM

2. (Video) Mat Over, David Teo Berdamai

3. 'Saya Tampar Kerana Dia Tidak Hormat PM' - Mat Over
Previous Post Next Post

Contact Form