Gempa Bumi Lemah Dikesan Di Sabah

Satu gempa bumi lemah berukuran 3.3 magnitud dikesan pada jam 12.26 tengah malam tadi di Sandakan, 25 kilometer (km) di barat daya Beluran, Sabah.

Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia tidak mengeluarkan notis amaran kerana tiada ancaman tsunami berlaku.

Memetik kenyataan yang dimuat naik di Facebook jabatan itu, penduduk di sekitar Sandakan dan Beluran, Sabah mungkin merasai gegaran susulan gempa di kawasan berkenaan.
Previous Post Next Post

Contact Form