Nasib Baiklah Mama Tak Tahu Saya Pergi ‘Hiking’ Waktu Hamil - Ramona Zamzam

Pelakon, Ramona Zamzam akui puas hati berjaya melakukan aktiviti mendaki bukit bersama suaminya walaupun sedang hamil tiga bulan.

Ramona berkata, aktiviti itu dilakukan tanpa pengetahuan ibunya ketika melancong bersama suami, Rami Alashkar bertempat di Padar Island, Indonesia baru-baru.

“Saya dan suami memang sukakan aktiviti lasak, jadi saya ambil keputusan untuk ‘hiking’ bersama suami.

“Saya tahu dengan keadaan hamil tiga bulan sepatutnya tidak digalakkan untuk mendaki gunung tapi nak buat macam mana, rasa seronok pula.

“Suami pula banyak berikan sokongan dan bila dia dah kata begitu, saya pun rasa makin bersemangatlah.

“Bukit itu tidaklah tinggi mana, ibarat separuh daripada bukit Broga, tapi terus terang saya katakan stamina memang kurang walaupun kami mendaki secara perlahan-lahan.

“Mujurlah saya sembunyikan perkara itu daripada pengetahuan mama. Kalau mama tahu, mahu dia menjerit," katanya.

Post a Comment

0 Comments