(7 Gambar & Video) Perodua Alza Rempuh Restoran Bagaikan Peluru

Georgetown - Beberapa pelanggan yang sedang menjamu selera di sebuah restoran nasi kandar, di Gat Lebuh Chulia di sini, terselamat selepas sebuah kenderaan merempuh restoran berkenaan, lewat malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 11.16 malam itu, kenderaan jenis Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki berumur 26 tahun terbabas ketika beberapa pelanggan sedang bersantai dan menikmati makanan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata siasatan awal mendapati pemandu lelaki berkenaan mahu mengelak seorang pejalan kaki yang melintas secara tiba-tiba.





"Pemandu terbabit dipercayai ingin mengelak pejalan kaki yang sedang melintas di jalan berkenaan menyebabkan kenderaannya terbabas dan merempuh sebuah restoran nasi kandar.

"Siasatan lanjut terhadap pemandu itu juga mendapati dia tidak memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah, dan setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan media, pagi tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.
Previous Post Next Post

Contact Form