Safiq Kembali Galas Tugas Kapten Harimau Malaya

Johor Bahru - Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim akan kembali memikul tanggungjawab selaku kapten skuad kebangsaan dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam esok. 


Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada berkata, pemilihan Safiq sebagai kapten pasukan dibuat menerusi beberapa faktor. 


“Safiq merupakan wakil terbaik dalam kalangan pemain untuk memikul tanggungjawab itu. 


“Pemilihannya juga dipersetujui pemain dan pengurusan. Beliau juga telah menggalas tanggungjawab tersebut sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar di Hotel Thistle, di sini sebentar tadi.
Previous Post Next Post

Contact Form