Pengetua Meninggal Dunia Selepas Melawat Asrama

Teluk Intan - Pengetua Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Hamzani Suien, 46, ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di dalam keretanya di hadapan blok asrama lelaki sekolah berkenaan di sini hari ini.

Mayat Hamzani ditemukan oleh pengawal keselamatan sekolah berkenaan pada kira-kira pukul 5 pagi.

Isteri Hamzani, Rusnani Abdul Razak,46, berkata, dia dimaklumkan suaminya ke sekolah untuk membuat rondaan pada pukul 3 pagi tadi dan sempat berbual-bual dengan pengawal keselamatan yang bertugas.

Katanya, suaminya kemudian mengadu penat lalu masuk ke dalam kereta.

“Pengawal keselamatan yang bertugas merasa curiga kerana kereta suami saya masih tidak bergerak walaupun enjin sudah lama dihidupkan.

“Dia kemudian menghampiri kereta dan menemukan suami saya sudah tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, jenazah suaminya akan dikebumikan di Meru, Klang hari ini.
Previous Post Next Post

Contact Form