Alhamdulillah, Kak Long sudah selamat dikebumikan pada jam 10 pagi tadi. Saya ucapkan terima kasih pada semua ahli keluarga dan rakan yang banyak membantu dan memberikan semangat.
Tentang cerita Kak Long hidup semula, itu adalah salah faham sahaja. Kak Long telah disahkan tiada di Hospital Besar Kota Bharu petang kelmarin lagi. Dan tiba di rumah saya jam 6.30 petang kelmarin. Selepas maghrib, jenazah dimandikan. Siap jenazah dimandikan, diangkat dan diletakkan di atas kain untuk dikafankan.
Semasa nak meletakkan jenazah di atas kain kafan itu, dia tersedu dua kali. Kami ahli keluarga dan sahabat handai berbincang untuk memanggil doktor datang memeriksa di rumah untuk kepastian, walaupun hati kata Kak Long sudah tiada.
Sebelum doktor sampai, ada 5 ke 6 orang yang cuba melihat keadaan jenazah. Seorang dua dari mereka berkata, jenazah masih ada, cuma dalam keadaan koma. Tidak lama selepas itu, sekumpulan doktor sampai dan membuat pemeriksaan. Mereka mengesahkan jenazah sudah tiada. Tidak lama kemudian, datang sekumpulan doktor sukarela dan berterusan sehingga 3 kumpulan doktor memeriksa dan mengesahkan bahawa jenazah sudah tiada
Saya sebagai bapa tidak lagi membenarkan sesiapa pun menyentuh jenazah lagi. Keadaan itu telah menimbulkan salah faham dan buah mulut orang ramai sehingga mereka-reka cerita yang tidak sepatutnya. Maklumlah orang yang hadir terlalu ramai, beratus-ratus.
Memandangkan keadaan sudah lewat malam, kami di pihak keluarga memutuskan urusan pengebumian dilangsung pada pagi esok (Rabu).
Setakat hari ini apa yang saya tahu, ular yang mematuk Kak Long masih belum ditemui di sekolah berkenaan. Gambar ular yang diviralkan di media sosial itu adalah tidak benar dan direka-reka sahaja. Saya meminta orang ramai membuang gambar anak saya yang mukanya diikat di hospital. Sedih tengok. Di kesempatan ini juga saya meminta rakan-rakan Facebook saya memperbetulkan cerita. Janganlah ditokok tambah.
Cerita di sekolah dan hospital, saya sendiri kurang pasti kerana saya datang dari Kuantan jam 12 tengah hari dan sampai ke Kota Bharu jam 3.30 petang, anak sudah meninggal. Saya juga belum pasti ular jenias apa yang mematuknya. Minta maaf kepada semua kerana tak sempat nak cerita perkara yang sebenar dan tak sempat nak melayan call, WhatsAPp dan Facebook.
Terima kasih kepada pihak-pihak jabatan kerajaan yang sempat hadir ke rumah. Saya sebagai manusia biasa ini, sedihlah juga. Dialah seorang anak, dialah seorang rakan yang paling rapat dan sayalah tempat melayan cerita-cerita budak-budaknya. Sampaikan nama kawan-kawan dia di sekolah pun saya ingat.
Tetapi Allah lebih sayangkan dia. Sama-samalah kita menerima qadar dan qadar Allah swt. Yang pasti, taman syurga menunggumu anakku. Kita semua yang belum pasti di mana-mana. Sama-samalah kita berdoa untuk menuju ke jalan yang luru iaitu jalan orang-orang yang beriman. - Ruslan Gazali