(6 Gambar & Video) Proton Lancar Saga Baru, Harga Bermula Dari RM37,000

Proton Holdings Bhd (PROTON) sebentar tadi melancarkan model terbaharu Saga pada harga bermula RM36,800 hingga RM45,800 seunit.

Kereta yang dijana enjin 1.3 liter VVT itu didatangkan dalam empat varian iaitu 1.3L 5MT Standard; 1.3L CVT Standard; 1.3L CVT Executive dan 1.3L CVT2 Premium.

Ditampilkan sebagai kereta mampu milik, Saga 1.3L 5MT Standard dibawakan pada harga RM36,800; 1.3L CVT Standard (RM39,800); 1.3L CVT Executive (RM42,800) dan 1.3L CVT2 Premium (RM45,800).


Majlis pelancaran model yang sinonim dengan pengeluar kereta nasional itu disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, sebentar tadi.

Hadir sama, Pengerusi Proton yang juga Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Bhd, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Ahmad Fuaad Kenali.


Previous Post Next Post

Contact Form