Syamsul Yusof Sahkan Isteri Hamil Tiga Bulan

Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof mengesahkan isterinya Puteri Sarah Liyana, 30, yang juga seorang pelakon kini sedang hamil anak sulung mereka.

Kata Syamsul, kandungan yang berusia hampir tiga bulan itu dirahsiakan kepada umum kerana masih di peringkat awal.

Bagaimana pun, Syamsul sebelum ini pernah memberi bayangan bakal menyambut orang ketiga tahun hadapan pada ucapan kemenangan filem Munafik dalam Festival Filem Malaysia ke-28 yang lalu.

“Sebenarnya saya tak mahu beritahu orang lain sebab bimbangkan kandungan Sarah masih di peringkat awal .

Malahan, saya hanya memberitahu ayah dan ibu saya pada raya haji yang lalu. Tak sampai hati nak berahsia lebih lama bila melihat ayah saya bermain-main dengan cucu dia yang lain,” kata Syamsul.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada Mac 2014 dan pernah mengalami saat duka apabila Sarah keguguran pada awal perkahwinan mereka.

“Kali ini saya meminta Sarah mengurangkan kerja-kerjanya di butik agar dapat berehat dan menjaga kandungan sepenuhnya. Kami mengambil tambahan pekerja agar Sarah tidak perlu ke butik di Bangsar setiap hari.

“Saya juga tak izinkan dia berlakon ketika hamil ini.

“Saya sendiri membantu menjaga kandungan Sarah dengan menyediakan pemakanan yang sihat sesuai dengan wanita hamil. Kena banyak-banyak bersabar jugalah!” kata Syamsul.
Previous Post Next Post

Contact Form