Tindakan selebriti terkenal dari Singapura yang juga pejuang hak LGBT, Najib Ali mengkritik keputusan Najib Razak membawa masuk pelaburan dari Arab Saudi untuk projek Rapid di Pengerang hujung minggu lepas sebenarnya, adalah satu keputusan yang sangat tepat.
Projek itu sudah pasti akan menjejaskan Singapura dari banyak segi kerana peniaga komoditi minyak akan menjadikan Pengerang sebagai rujukan baru dalam menentukan harga minyak yang sudah diproses. Kita sudah berbincang tentang hal ini dalam satu artikel pada minggu lepas.
Senang kata, kritikan Najib Ali kepada Najib Razak hanya semata-mata untuk mempertahankan negaranya yang seakan terjejas dengan tindakan Najib membawa masuk pelaburan Aramco, dan itu pada pandangan ramai pimpinan Pakatan Harapan, adalah suatu tindakan yang sangat wajar.
Justeru Najib Razak dan kuncu-kuncunya diminta bersikap gentleman dan tidak menghalau keluar Najib Ali dari negara ini seperti mana yang pernah berlaku kepada ramai artis dari Singapura ketika Malaysia berada dibawah pentadbiran Tun Mahathir dulu.
Situasi yang ini dengan situasi yang itu adalah berlainan. Tun Mahathir sekurang-kurangnya menyerahkan harga minyak yang diproses di negara ini untuk diniagakan di pasaran Singapura.
- SUARA PAKATAN RAKYAT