Lelaki Ini Dikecam Kerana Miliki Teman Wanita Cantik

Masih ramai yang beranggapan jika seseorang itu memiliki wajah ‘kurang kacak’ tidak boleh mendapatkan pasangan yang cantik.

Kisah seorang lelaki ini ternyata mengubah persepsi tersebut dan membuktikan bahawa dia boleh memiliki teman wanita cantik.

Pasangan kekasih menjadi viral selepas foto mereka tersebar di media sosial. Si wanita memang mempunyai wajah yang cantik, kulit putih dan bentuk badan langsing. Lelaki tersebut pula dianggap memiliki wajah yang ‘hodoh’.

Walaupun teman lelakinya memiliki kulit gelap dan rupa paras yang tidak kacak, wanita itu mengaku dia sangat mencintai lelaki tersebut. Dia juga tidak peduli tentang mulut orang lain kerana baginya teman lelakinya adalah lelaki paling kacak.


Sementara itu, rata-rata netizen terharu dengan kisah cinta mereka yang tidak memandang fizikal. Namun ada juga yang mengutuk dan mengatakan lelaki itu tidak layak untuk mendapat teman wanita cantik.

Menurut laman Viral4real.com, wanita cantik itu bernama Kwan Dii Kwan Dii, namun nama lelaki tersebut tidak diketahui dan kedua-duanya dari Kemboja.
Previous Post Next Post

Contact Form