Bapa pelakon Syazuwan Hassan meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Pelakon Syazuwan Hassan kehilangan bapa tercinta, Hassan Hapas, 70, akibat jangkitan kuman dalam paru-paru, jantung dan pendarahan otak di Hospital Kajang, kira-kira jam 6.33 pagi ini.

Berita duka itu dikongsikan pelakon drama Cik Serba Tahu itu menerusi Instagram Stories (IGs) pagi ini.

"Mohon sedekahkan al-Fatihah buat arwah ayah saya yang menghembuskan nafas terakhir jam 6.33 pagi tadi.

"Semoga arwah ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin," tulis pelakon tinggi lampai itu.

Pengurusnya, Haliza Hadzir mengesahkan kematian Allahyarham Hassan akibat jangkitan kuman dalam paru-paru, jantung dan pendarahan otak, pagi ini.

"Jenazah arwah bapa Syazuwan disolatkan di Masjid Hulu Langat, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Perkasa, Hulu Langat selepas waktu Zohor," katanya.

Previous Post Next Post

Contact Form