BAPA kepada penyanyi Zahid Baharudin iaitu Baharuddin Md Ariff meninggal dunia pada kira-kira pukul 4.16 petang Selasa akibat pendarahan di otak.
Bekas isteri Zahid iaitu Sarah Julita Yusof berkata, Allahyarham yang berusia 71 tahun itu terjatuh di kediamannya dan mendapat rawatan di Hospital Teluk Intan sejak dua minggu lalu.
"Papa Zahid jatuh di rumah dua minggu lepas, kemudian terus tidak sedarkan diri dan terdapat darah beku di kepala.
"Sepatutnya doktor nak buat pembedahan untuk keluarkan darah beku tapi tidak dapat dijalankan kerana papa tidak sedar dan hanya respon sikit-sikit bila kita pegang.
"Saya dimaklumkan meninggal kira-kira pukul 4.16 petang tadi (Selasa) tapi masih tidak dapat info daripada Zahid kerana dia sedang sibuk menguruskan jenazah," ujarnya kepada mStar.
Sarah berkata, jenazah akan dikebumikan pada pukul 11 pagi Rabu di Teluk Intan.
Tiga hari lalu, Zahid memuat naik foto dan memohon orang ramai mendoakan kesihatan bapanya agar kembali pulih.
Pada Julai tahun lalu, Zahid memberitahu bapanya yang menghidap penyakit demensia sejak dua tahun lalu hilang selama 12 jam selepas keluar dari rumah.
Bagaimanapun, tindakan pantas netizen yang berkongsi info berkaitan kehilangan itu akhirnya berjaya mengesan warga emas tersebut.
Ta