Cikgu Wani meninggal dunia akibat kanser payudara


Innalillahiwainnailaihirajiun. Dukacita dimaklumkan bahawa Nurul Izwani binti Mohd Jaya, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Wani, telah kembali ke rahmatullah pada pagi Khamis.

Allahyarham yang berusia 36 tahun sebelum ini menghidap kanser payudara jenis triple negatif (TNBC) sejak beberapa tahun lalu. Beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi suami dan anak-anak tercinta selepas waktu Subuh.

Menurut suaminya, Fairul, keadaan Allahyarham mula merosot sejak awal bulan ini apabila sel kanser telah merebak ke paru-paru dan tulang belakang.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Mengkuang, Selama selepas solat Asar.

Untuk makluman, Cikgu Wani dikenali ramai di TikTok kerana sering berkongsi tutorial pemakaian tudung selain menjalankan perniagaan tudung secara dalam talian.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Previous Post Next Post

Contact Form