Wanita hamil dipukul suami hingga keguguran di Sungai Petani

Seorang wanita hamil terpaksa menanggung derita berganda apabila mendakwa bukan sahaja dipukul tanpa belas kasihan oleh suaminya malah kehilangan kandungan berusia 12 minggu akibat kejadian tersebut, pada Khamis lalu.

Mangsa yang juga penjawat awam berusia 39 tahun kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim selepas mengalami kecederaan termasuk patah tangan dan jari kiri, selain lebam di muka serta kecederaan di bahagian perut.

Wanita tersebut dipercayai dipukul menggunakan pelbagai objek termasuk penyangkut baju, getah paip, batang besi langsir dan batang penyapu dalam pertengkaran yang berlaku kira-kira jam 1 tengah hari.

Abang mangsa, Mohd Firdaus Moktar berkata, kejadian tersebut menyebabkan adiknya kehilangan kandungan yang baru mencecah tiga bulan.
Previous Post Next Post

Contact Form